Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for banking industry professionals · Monday, May 19, 2025 · 813,908,753 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Meningkatkan Pegangan Pasaran dalam Sorotan Laporan Bulanan April 2025

/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, May 19, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengeluarkan Laporan Ketelusan edisi April 2025, yang menyerlahkan pertumbuhan, pencapaian kawal selia dan momentum yang berterusan sepanjang bulan tersebut melalui inovasi yang konsisten dan pelaksanaan yang kukuh walaupun pasaran mengalami ketidaktentuan yang lebih luas.

Dalam bulan yang dilihat mencatat pembetulan pasaran dan sikap berhati-hati pelabur, Bitget mencatatkan jumlah perdagangan niaga hadapan sebanyak $757.6 bilion, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 17.3% bulan ke bulan. Jumlah perdagangan spot juga meningkat kepada $68.6 bilion, dan angka ini dianggap melawan arus kemerosotan industri dalam pelbagai sektor. Keuntungan ini menyumbang kepada kebangkitan Bitget sebagai bursa kripto ketiga terbesar berdasarkan jumlah dagangan, dengan pegangan pasaran sebanyak 7.2% serta mencerminkan prestasi kukuh dan momentum berterusan dalam persekitaran pasaran yang kompetitif. Menurut Coingecko dan WuBlockchain, Bitget berlawanan dengan trend bursa yang lebih luas, dan terus meningkatkan pegangan pasaran di saat bursa lain mengalami penyusutan. Jumlah pengguna Bitget juga telah melangkaui 120 juta orang dan ini menandakan usaha libat urus yang kukuh oleh platform tersebut serta kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan Bitget.

Pada bulan April, Bitget mencapai lonjakan yang besar dalam pengawalseliaan dengan memperoleh lesen DASP dan juga BSP di El Salvador, yang membolehkan Bitget menawarkan perkhidmatan kripto yang lengkap—spot, derivatif, pegangan atau staking dan hasil—di bawah salah satu rangka kerja aset digital yang paling progresif di dunia.

Bulan itu juga menandakan pelancaran Bitget Onchain, yang merupakan satu ciri yang membolehkan pengguna berdagang aset dalam rantaian terus melalui aplikasi Bitget menggunakan USDT atau USDC. Ciri ini akan merapatkan jurang antara UX terpusat dan akses tak terpusat yang menjadikan Web3 lebih mudah digunakan.

Untuk menyokong pertumbuhan institusi, Bitget telah menaik taraf Program Insentif Kecairan dengan kadar pembuat-pengambil yang lebih baik dan pendaftaran yang lebih pantas, sekali gus meningkatkan kecairan yang meliputi pasaran spot dan derivatif.

Dalam bidang pemasaran, Bitget bekerjasama dengan bintang FC Barcelona, Raphinha dalam kempen global yang menonjolkan alat perdagangan pintar seperti Copy Trading, Launchpool dan Pre-market. Kempen ini dipadankan dengan inisiatif "Your Team, Your Skin" bersama LALIGA yang membolehkan pengguna memperibadikan antara muka perdagangan mereka dengan jenama pasukan itu.

Laporan Pekerjaan Penyelidikan Bitget menganggarkan bahawa rantai blok boleh mencipta 500,000 peluang pekerjaan menjelang 2028, selaras dengan laluan pertumbuhan sektor AI serta menekankan kesan rantai blok yang semakin meluas.

Akhir sekali, Bitget mengukuhkan kehadiran globalnya dengan pengaktifan yang imersif di TOKEN2049 Dubai dan Paris Blockchain Week, termasuk acara sampingan seperti Cryptoverse Dream Night, yang menyerlahkan komitmennya terhadap komuniti dan inovasi.

Di antara kejayaan mematuhi peraturan kawal selia, pertumbuhan pengguna yang pesat dan tumpuan terhadap kebolehaksesan dan keselamatan, Bitget menerajui industri sebagai salah satu pemain utama dalam evolusi industri kripto. Sedang sentimen pasaran mula berubah, Bitget telah bersedia untuk menerajui fasa penggunaan kripto dan penyepaduan WEB3 yang seterusnya.

Untuk laporan lengkap ketelusan, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui kerjasama strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5bf1a171-5c5d-4536-b7ba-529f3be725b6


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release