Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for banking industry professionals · Monday, March 10, 2025 · 792,386,416 Articles · 3+ Million Readers

Ulang Tahun Bitget Blockchain4Her: Retrospeksi Setahun

Bitget Blockchain4Her's Anniversary: A Year in Review

/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, March 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka merenung kembali tahun pencapaian cemerlang inisiatif Blockchain4Her. Sejak penubuhannya pada Januari 2024, Blockchain4Her telah mengorak langkah yang berkesan untuk merapatkan jurang jantina dalam Web3 dengan memperkasakan wanita melalui peluang pendidikan, bimbingan, pembiayaan dan rangkaian untuk berkembang maju dalam ekosistem Web3.

Pada bulan Mac 2024, Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget dan pemula Blockchain4Her, telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai inisiatif kesaksamaan jantina di Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Status Wanita (UNCSW). Keterangkuman ini menyerlahkan kesan Bitget di peringkat global dan suaranya dalam membentuk perbualan mengenai kepelbagaian, keterangkuman dan peluang yang saksama dalam industri rantai blok.

Untuk meneruskan misinya, Bitget melancarkan Program Duta Blockchain4Her, yang menyenaraikan pemimpin crypto wanita untuk menjadi duta dan pemangkin perubahan. Duta besar kami ialah; Tess Hau, Pengasas Tess Ventures, Yevheniia Broshevan, Pengasas Bersama Hacken dan Cecilia Hsueh, Ketua Pegawai Eksekutif projek ekosistem Layer 2 Morph. Menggunakan kepakaran dan pengalaman mereka, program duta tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai ruang dengan membina ruang selamat untuk wanita menerokai rantai blok.

Pada bulan September 2024, Bitget mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak SheFi di Singapura, yang menyaksikan ratusan peserta dari seluruh dunia. Acara tersebut menampilkan Anugerah Blockchain4Her sulung, mengiktiraf lima wanita cemerlang atas sumbangan mereka kepada industri rantai blok. Dengan tumpuan yang khusus kepada Asia Tenggara, Bitget juga mengadakan Anugerah Blockchain4Her Asia Tenggara untuk menghargai pencapaian pemimpin wanita di rantau ini. Usahawan Jenny Nguyen (Nguyen Ngoc Son Quynh), Bea Llana, Theresa Tjandrawinata dan Cheryl Law telah dianugerahkan untuk penyelesaian inovatif dan sumbangan mereka kepada senario kripto manakala Tascha Punyaneramitdee memenangi "Anugerah Usahawan Wanita Web3 Inovatif - edisi SEA."

"Di Bitget, kami percaya bahawa inovasi berkembang pesat apabila kepelbagaian menerajuinya. Blockchain4Her bukan sekadar program tetapi lebih daripada itu; ia merupakan suatu pergerakan. Kami komited untuk menyediakan wanita dengan pendidikan, bimbingan dan peluang yang mereka perlukan untuk mengambil bahagian dalam revolusi Web3 dan menerajuinya. Masa depan rantai blok adalah inklusif dan bersama-sama, kami akan membentuknya," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget.

Bitget juga melancarkan program "Pitch n Slay" yang bertujuan untuk menyediakan sokongan kewangan, bimbingan profesional dan pendedahan untuk usahawan wanita. Acara akhir telah diadakan di Bangkok, Thailand pada bulan November 2024, di mana projek yang diterajui wanita yang disenarai pendek berpeluang bersaing untuk memenangi sebahagian daripada dana pemula bernilai $100,000 melalui Foresight Ventures. Anne Beh, Pengasas di Art3mis, ramalan nasib kad Tarot Oracle AI mencapai tempat ke-3, manakala Doris Hernandez, Pengasas Bersama di Functor Network, Lapisan Automatik untuk ejen AI memperoleh kedudukan ke-2. Hadiah pertama dimenangi oleh Julija Bainiaksina, Pengasas di MiniMe, sebuah projek ejen AI sebagai perkhidmatan.

Pada tahun lalu, Blockchain4Her telah membuat kemajuan yang ketara dalam menyokong dan memperkasakan wanita dalam industri rantai blok. Program ini mengagihkan $50,000 untuk menyokong projek menjanjikan yang diterajui oleh wanita dan mengiktiraf sembilan wanita luar biasa dengan Anugerah Blockchain4Her untuk sumbangan mereka yang memberi inspirasi. Selain itu, Blockchain4Her menganjurkan lebih 10 pertemuan di seluruh dunia, memupuk perbualan dan kerjasama yang bermakna dalam komuniti. Acara ini menarik lebih daripada 1,000 wanita yang telah mengambil bahagian dalam membina rangkaian, pembelajaran dan memacu inovasi dalam ruang rantai blok. Inisiatif ini juga mendapat perhatian media global yang besar, menguatkan misi dan kesannya di seluruh dunia.

Memandang ke hadapan, Bitget akan terus menyokong peluang wanita dalam rantaian blok. Melalui perkongsian dan pelaburan dalam pendidikan dan bimbingan, Bitget akan terus menjadi penggerak dalam memupuk ekosistem Web3 yang inklusif, memperkasakan wanita untuk memimpin, berinovasi dan membentuk masa depan rantai blok bersama-sama.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Blockchain4Her, sila layari sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 orang juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e326feee-aa16-416b-9622-994a4f4320ff


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Culture, Society & Lifestyle

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release